Thursday 22 November 2012

Aku tidak pasti.

22/11/201*

Hexa telah mndapat kelulusan membina menara Bimbo di seluruh dunia, bukan sahaja di penjara sahaja. Ianya akan dibina di kawasan luar. Dengan alasan, mereka ingin melakukan uji kaji mereka dgn skala yang luas. Aku hairan bgaimana kerajaan boleh senang2 meluluskan projek mereka. Bukan sahaja di negara ini malah di negara-negara lain sekali. Aku hairan...

Semalam sewaktu aku pulang dari Subang, aku sudah boleh lihat pembinaan menara tersebut. Aku sudah lihat satu menara yang siap dibina di Amerika. Hodoh sekali..dan bertinggian 24 tingkat.. Dengar kata di US menara Bimbo telah pun membuktikan keberkesanannya. Kadar jenayah kurang sebanyak 70%. Gila...

Aku nak lihat, adakah ia betul2 sperti yng diceritakan.... Jika betul pasti negara ini akan bertukar lebih aman. Tiada lagi kes meragut, membunuh, merogol... Dunia idaman suma orang.


Saturday 17 November 2012

Permulaan

17/11/201*

Pernah aq bercerita sekali kan pasal bimbo mesin?

Ya..sekrang kumpulan saintis yang menciptanya, atau mereka panggil kumpulan mereka, Hexa telah meningkat keupayaan mesin Bimbo kepada sesuatu yang lebih canggih.

Di penjarara San Quentin baru-baru nih.. Hexa telah buat satu penyelidikan tertutup. Mereka menggunakan mesin tersebut untuk mengawal perilaku penjenayah-penjenayah disana. Hasilnya?

Ia sangat berkesan. Dalam sekelip mata pnjenayah yang bersifat ganas umpama haiwan itu mampu dijinakkan.

Matlamat Hexa kini berubah. Mereka ingin mencipta mesin Bimbo secara besar-besar. Mereka bercita-cita untuk memasangnya di seluruh penjara di dunia. Dengan harapan semua pnjenayah di situ berubah tingkah.

Adakah ia satu berita yang baik? Aku berharap juga kalau mesin bimbo tu dpt mengurangkan jenayah di dalam Malaysia ini..

Sunday 28 October 2012

29 OKtober

29 Oktober 201*

Hari ini aku baca surat khabar Metro News. Terpampang muka hadapan sebuah tajuk mengenai kejayaan saintis dalam membina sebuah alat yang mampu mengawal haiwan-haiwan dari bertindak liar. Alat tersebut dikenali sebagai Bimbo machine.


Aku cari lagi maklumat mengenai projek para saintis ni. Mereka mencipta mesin Bimbo dengan satu tujuan iaitu hanya untuk membantu para penternakan mengawal ternakan mereka. Bayangkan haiwan-haiwan mudah dijinakkan dengan pengguna mesin ini.

Bagaimana mesin ini berfungsi? Ia memberi glombang yang mana aku tak berapa tahu gelombang apa..namun ia dapat mengawal otak haiwan-haiwan tersebut agar menerima arahan. Canggih dan agak menakutkan aku.


Okey..itu saja yang aku mahu ceritakan pada ari ni...